Bubur Nasi Bersama Ayam dan Keledek

1 jam 30 minit

5 Hidangan

Jika anda ingin membuat semangkuk Bubur Nasi yang lazat dan menyelerakan, maka ini adalah Resepi Bubur Nasi untuk anda! Hidangan ringkas namun berperisa ini pasti menjadi makanan ruji di rumah anda.
Cara masak Bubur Nasi bersama Ayam dan Keledek daripada Ajinomoto Malaysia ini amatlah mudah dan hasilnya enak dimakan sewaktu panas. Isi bubur yang lembut dan mudah dikunyah sesuai untuk warga emas ataupun anak-anak kecil.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
219.8 kcal

Carbohydrate
26.0 g

Protein
10.9 g

Fat
8.0 g

Sodium
279.0 mg

Bahan-bahan:
200 g | Isi dada ayam, dipotong dadu |
1 cawan | Beras, dibasuh dan toskan |
1.5 litre | Air |
1 sudu besar | Minyak masak |
1/2 inci | Halia, dicincang |
200 g | Ubi keledek, potong dadu besar |
1 biji | Telur masin, direbus, dicincang |
Sedikit | Minyak bijan |
1 tangkai | Daun bawang, dihiris halus |
Bahan-bahan A: Perap
3/4 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1/3 sudu kecil | Garam |

- Perap ayam dengan bahan (A) selama 30 minit.
- Rebus beras bersama air dengan api sederhana. Tambahkan air jika perlu.
- Panaskan minyak masak, tumis halia dan ayam perap sehingga naik bau.
- Pindahkan ayam ke dalam bubur yang sudah separuh masak.
- Masukkan keledek, kacau rata.
- Tutup dan biarkan sehingga ayam masak dan keledek menjadi lembut.
- Hidangkan bersama telur masin, minyak bijan dan sedikit daun bawang.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 22% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


