Burger Ayam dengan Cendawan Rangup
20 minit
4 Hidangan

Gabungan hebat burger ayam berair dengan cendawan tiram roti rangup. Gabungan rasa enak yang tidak dapat ditolak.

Bahan-bahan: Cendawan Rangup
| 8-12 biji | Cendawan tiram, kuantiti bergantung pada saiz |
| 390 g | Campuran tepung goreng, sedia-ada |
| 450 ml | Air sejuk |
| Secukupnya | Minyak masak |
| 16 taburan | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
Bahan-bahan:
| Secukupnya | Minyak masak |
| 4 keping | Burger ayam |
| 24 taburan | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
| 40 g | Marjerin |
| 4 biji | Roti burger, dibelah 2 dan disapu marjerin |
| Secukupnya | Mayonis |
| 4 helai | Daun selada |
| Secukupnya | Sos cili |

Cara menyediakan: Cendawan Rangup
- Campurkan campuran tepung goreng dengan air sejuk.
- Salut cendawan tiram bersama adunan tadi.
- Goreng sehingga keemasan. Tabur AJI-SHIO® Lada Berperisa sebanyak 2 kali pada setiap bahagian cendawan.
- Hidangkan bersama burger.
Cara menyediakan:
- Panaskan minyak masak. Panggang burger dengan api sederhana sehingga masak sepenuhnya. Tabur AJI-SHIO® Lada Berperisa sebanyak 3 kali pada kedua belah burger semasa memasak. Ketepikan.
- Bakar roti burger sehingga keperangan kedua belah.
- Pada roti burger bahagian bawah, paipkan mayonis, letakkan daun selada, burger ayam, 2-3 keping cendawan rangup kemudian paipkan mayonis dan sos cili. Letakkan roti burger bahagian atas.

Mencampurkan tepung goreng dengan air sejuk boleh membuat salutan cendawan lebih rangup.




