Burger Ayam Rangup



Anda boleh menikmati ayam goreng kegemaran anda didalam burger anda sekarang! Peha ayam tanpa tulang yang rangup didalam roti burger dengan rasa yang benar-benar mengasikkan dari AJI-SHIO®.

Bahan-bahan: Ayam Rangup
1 keping | Isi peha ayam tanpa tulang, ditumbuk untuk menipiskannya |
¾ cawan | Campuran tepung goreng, sedia-ada |
½ cawan | Air sejuk |
Secukupnya | Minyak masak |
6 taburan | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
Bahan-bahan:
10 g | Marjerin |
1 biji | Roti burger, dibelah 2 dan disapu marjerin |
Secukupnya | Mayonis |
½ helai | Daun selada |
1 keping | Kepingan keju cheddar |
Secukupnya | Sos keju |

-
Campurkan 30g atau 2 sudu besar campuran tepung goreng dengan air sejuk. Salut ayam bersama adunan tadi. Salut lagi dengan baki campuran tepung goreng dengan rata.
-
Goreng ayam sehingga keemasan. Keluarkan dan semasa masih panas, tabur AJI-SHIO® Lada Berperisa sebanyak 3 kali pada setiap bahagian dan letakkan kepingan keju cheddar pada satu bahagian dan biarkan cair. Ketepikan.
-
Bakar roti burger sehingga keperangan kedua belah. Di atas roti burger bahagian bawah, paipkan mayonis, letakkan daun selada, ayam rangup bersama kepingan keju cheddar cair, kemudian paipkan mayonis dan sos keju. Letakkan roti burger bahagian atas.


