Burger Daging ‘Homemade’ Bersama Sos Perang Lada Istimewa

30 minit

6 hidangan


Ingin memiliki burger serta sos perang berlada yang unik buatan tangan anda sendiri? Tekstur dan kelembutan gabungan burger daging dengan sos perang pedas beraroma pasti akan membuat perbezaan yang besar daripada burger yang lain, ia pasti akan dikagum oleh orang lain. Cubalah hari ini!

Bahan-bahan:
60 g | Marjerin |
6 biji | Roti burger bun, dibelah 2 dan disapu marjerin |
Secukupnya | Mayonis |
3 helai | Daun selada, dibahagi 2 |
12 keping | Hirisan tomato |
Secukupnya | Sos lada home-made |
Bahan-bahan: Burger Daging ‘Homemade’
800 g | Daging kisar |
½ sudu kecil | Serbuk jintan manis |
2 ulas | Bawang putih, dicincang |
2 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
2 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
1 biji | Bawang kuning, dicincang |
1 biji | Telur, dipukul |
5 sudu besar | Serbuk roti |
Bahan-bahan: Sos Perang Lada Istimewa
70 g | Mentega |
50 g | Tepung gandum |
1 biji | Bawang kuning, dicincang |
2 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
1½ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
2 cawan | Air |
½ sudu besar | Kicap pekat |

Cara menyediakan: Sos Perang Lada Istimewa
- Cairkan 50g mentega di dalam kuali yang telah dipanaskan kemudian masukkan tepung gandum. Masak sehingga keperangan dan berbau kekacang. Ketepikan.
- Cairkan baki mentega dan masukkan bawang kuning. Tumis sehinga kekuningan. Masukkan air dan kicap pekat. Gaul rata.
- Masukkan campuran tepung tadi, kacau rata sehingga mencapai konsistensi kepekatan yang diingini dan perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Berperisa.
Cara menyediakan:
- Gaul rata daging kisar bersama serbuk jintan manis, bawang putih, AJI-SHIO® Lada Berperisa and AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
- Masukkan bawang kuning, telur dan serbuk roti. Gaul rata.
- Timbang adunan kepada 135-140 g setai satu dan bentukkan adunan daging kepada bentuk bulat.
- Bakar roti burger sehingga keperangan kedua belah.
- Pada roti burger bahagian bawah, paipkan mayonis, letakkan daun selada, burger daging, Sos Perang Lada Istimewa, dan hirisan tomato. Letakkan roti burger bahagian atas.




