Burger Dengan Bawang Karamel
20 minit
4 Hidangan

Tiada siapa yang akan dapat menolak burger yang digabungkan bersama bawang karamel ini, apabila kemanisan bawang bersama dengan mentega dan Lada Berperisa AJI-SHIO® dan Lada Hitam, anda perlu mencubanya sendiri!

| Secukupnya | Minyak masak |
| 4 keping | Burger ayam/burger daging lembu |
| 24 taburan | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
| 40 g | Marjerin |
| 4 biji | Roti burger, dibelah 2 dan disapu marjerin |
| Secukupnya | Mayonis |
| 4 helai | Daun selada (atau kubis dihiris nipis – pilihan) |
| 8 taburan | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
Bahan-bahan: Bawang Karamel
| 100 g | Mentega tanpa garam |
| 400 g | Bawang kuning, dihiris |
| 200 g | Bawang besar, dihiris |
| 2 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
| 4 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |

Cara menyediakan: Bawang Karamel
- Cairkan mentega di dalam kuali, kacau-goreng bawang kuning dan bawang besar sehingga keperangan dan layu.
- Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Berperisa.
- Bahagikan kepada 4 untuk 4 set burger.
Cara menyediakan:
- Panaskan minyak masak. Panggang burger dengan api sederhana sehingga masak sepenuhnya. Tabur AJI-SHIO® Lada Berperisa 3 kali pada kedua belah burger semasa memasak.
- Bakar roti burger sehingga keperangan kedua belah.
- Pada roti burger bahagian bawah, paipkan mayonis, letakkan daun selada, burger ayam/daging, bawang karamel kemudian paipkan mayonis dan 1 taburan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Letakkan roti burger bahagian atas.

Simpan bawang karamel dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk. Bawang karamel boleh bertahan sehingga 5 hari.




