Cekodok Pisang Vanilla

20 minit

5 - 6 Hidangan

Resepi Cekodok Pisang yang mudah dan sedap. Garing di luar tapi lembut didalam. Lebih unik resepi Cekodok Pisang ini ada mempunyai rasa vanila yang harum. Boleh dihidangkan ketika sarapan atau minum petang.

1 paket | Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g |
290 g | Pisang emas, anggaran 8 biji |
½ sudu kecil | Garam |

- Lenyek pisang di dalam mangkuk.
- Masukkan 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g bersama garam dan gaul rata.
- Gunakan sudu untuk mencedok dan goreng di dalam minyak panas sehingga kuning keemasan.
- Sedia untuk dihidang.

Tambahkan sedikit air jika adunan terlalu kering pada langkah ke 2.


