Resepi Cendawan Berinti Kentang Berkeju

Cheesy Mashed Potato Stuffed Mushroom
45 minit
recipe-cook-time
4 Hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Resepi Cendawan Berinti Kentang Berkeju ini sangat lazat dan mudah disediakan. Inti kentang putar yang enak dan disempurnakan dengan lapisan keju mozarella

Ingredients
Bahan-bahan
100gm Kentang russet, direbus
5 gm Daun kucai, dicincang
2 sudu besar Mentega cair
1 ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
200 g Cendawan butang, (batang untuk dicampur bersama kentang)
50 gm Keju mozzarella, diparut
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180◦c.
  2. Lenyek kentang rebus dan masukkan daun kucai, batang cendawan cincang, 1 sudu besar mentega cair, dan satu sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan ketepikan. 
  3. Perap cendawan bersama 1 sudu besar mentega cair dan ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
  4. Sumbat kentang lenyek tadi kedalam setiap cendawan dan susun cendawan di atas dulang pembakar. 
  5. Taburkan keju mozzarella di atas setiap cendawan. 
  6. Bakar cendawan di dalam ketuhar selama 25 minit pada suhu 180◦c. Sedia untuk dihidang.
Method
Tips

Semasa membersihkan cendawan butang, buang kotoran menggunakan tisu dapur sehingga bersih.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg