Cendawan dengan Bebola Gluten
Keterangan Resipi
Penggemar cendawan pasti suka sajian ini. Cendawan direbus dengan gluten dan resepi rahsia yang menggunakan AJI-NO-MOTO® dan Lada Berperisa AJI-SHIO®. Cubalah hari ini dan anda tidak akan menyesal.
Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
2 set | Bebola gluten,dipotong setengah, dicelur dengan air yang ditambah dengan sedikit minyak dan gula, air ditoskan |
1 batang | Lobak merah, dipotong bentuk kesukaan anda |
100 g | Kacang pea |
Bahan-bahan B:
100 g | Cendawan Cina, direndam sehingga lembut, batang dibuang |
2 sudu besar | Sos tiram vegetarian |
50 g | Halia, dihiris |
1 ketul | Gula batu |
1 sudu besar | Minyak masak |
1 sudu teh | Minyak bijan |
500 ml | Air |
Bahan-bahan: perencah
¼ sudu teh | AJI-NO-MOTO® |
¼ sudu teh | Lada Berperisa AJI-SHIO® |
Secukup | Garam |
Beberapa titis | Kicap pekat |
Hiasan:
Sedikit | Daun ketumbar |
Cara Menyediakan
- Campur-gaulkan semua bahan (B), masak dengan suhu rendah selama 2-3 minit sehingga cendawan menjadi lembut.
- Masukkan bebola gluten dan perencah, masak sehingga bebola gluten bertukar agak lembut.
- Tambah masuk lobak merah dan kacang pea yang telah dicelur. Hias dan hidang.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes