Resepi Cendawan Goreng Bijan

Cendawan Goreng Bijan
recipe-cook-time
5 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Resepi Cendawan Goreng Bijan adalah lauk sampingan yang lazat dengan aroma minyak bijan yang wangi pasti menaikkan selera makan anda! Jom cuba resepi mudah ini.

Ingredients
Bahan-bahan
Bahan-Bahan:
2 sudu besar Minyak masak
1 sudu kecil Halia, dicincang
3 ulas Bawang putih, dicincang
¼ biji Bawang Holland, dihiris
200 g Cendawan Shimeji
1 tbsp1 sudu besar Sos tiram
1 sudu besar Minyak bijan
½ sudu kecil Gula
1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
1 tangkai Daun bawang, dipotong 2 cm
2 sudu kecil Bijan, digoreng tanpa minyak
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih.
  2. Masukkan bawang Holland dan goreng seketika.
  3. Masukkan cendawan Shimeji, kacau hingga naik bau dan lembut.
  4. Tuangkan sos tiram dan minyak bijan.
  5. Perasakan dengan gula dan Lada Berperisa AJI-SHIO®.
  6. Tutup api dan hiaskan bersama hirisan daun bawang dan bijan.
Method
Tips

Elakkan memasak cendawan Shimeji terlalu lama kerana kemanisannya akan hilang dan menjadi lembik.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg