Cendawan Tumis Mentega dan Bawang Putih

20 minit

3 Hidangan


Cendawan Tumis Mentega dan Bawang Putih yang mudah dan enak untuk dimasak di rumah. Penuh dengan rasa Umami dan sesuai dipadankan bersama nasi panas.

30 g | Mentega |
½ biji | Bawang kuning, dipotong dadu kecil |
3 ulas | Bawang putih, dicincang halus |
200 g | Cendawan butang putih, dibersihkan |
½ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
1 sudu kecil | Daun parsley, dicincang |

- Cairkan mentega di dalam kuali panas dan tumis bawang dan bawang putih.
- Masukkan cendawan dan kacau sehingga setiap permukaan cendawan masak atau menjadi coklat keperangan.
- Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa.
- Masukkan daun parsley dan gaul rata. Sedia untuk dihidang.

Semasa membersihkan cendawan butang, buang kotoran menggunakan tisu dapur sehingga bersih.


