Chai Kuih (‘Dumpling’ Sayuran Kukus)
1 jam
5 Hidangan

Chai Kueh (Ladu Sayuran) ialah makanan ringan tradisional Cina dan popular dalam kalangan warga emas. Resipi Chai Kueh (Ladu Sayuran) ini menghasilkan kulit yang kenyal dan lembut dengan sayur-sayuran yang rangup menjadikannya snek yang menarik untuk dihidangkan pada bila-bila masa sepanjang hari.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
248.8 kcal

Carbohydrate
39.3 g

Protein
4.3 g

Fat
8.3 g

Sodium
882.3 mg

Bahan-bahan A: kulit
| 100 g | Kanji gandum (tepung tanpa gluten) |
| 80 g | Tepung ubi kayu |
| 280 ml | Air panas |
| 1/2 sudu kecil | Garam |
| 2 sudu besar | Minyak masak |
| 20 g | Tepung ubi kayu, untuk proses balut |
Bahan-bahan: inti
| 2 sudu besar | Minyak masak |
| 1 sudu kecil | Bawang putih cincang |
| 30 g | Udang kering, direndam dan dicincang |
| 300 g | Sengkuang, potong memanjang |
| 30 g | Lobak merah, dipotong memanjang |
| 2 keping | Cendawan shitakee, rendam dan dihiris nipis |
| 1/2 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
| 3/4 sudu kecil | Garam |
| 1/2 sudu kecil | Serbuk lada putih |

- Campurgaulkan semua bahan (A) sehingga menjadi adunan yang halus, tutup dan rehatkan selama 30 minit.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan, masukkan udang kering.
- Masukkan semua sayuran dan bahan-bahan perasa, kacau sehingga masak. Biarkan sejuk.
- Gelek adunan tepung sehingga nipis dan buat bentuk buat (diameter 8 cm).
- Letakkan sedikit inti dan balut kemas.
- Letakkan di dalam dulang berminyak dan kukus selama 10-12 minit atau sehingga kulit menjadi lutsinar. Sapukan minyak ke atas ladu supaya tidak melekat sesama sendiri.
- Dihidang bersama taburan daun bawang.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 20% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.




