Cucur Mee

30 minit

5 Hidangan


Cucur yang rangup diluar dan lembut didalam. Penuh dengan perasa yang membuatkan pengemar mee boleh menikmati suatu kelainan.

1 paket | Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225 |
325 ml | Air |
2 keping | Mee kering kosong, direndam air panas sehingga lembut dan dipotong |
1 biji | Bawang besar, dihiris |
100 g | Lobak merah, dipotong mancis |
3 batang | Filamen ketam, dipotong |
20 g | Daun sup, dipotong |
Secukupnya | Minyak masak |

- Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g bersama 325ml air.
- Masukkan mee kering, bawang besar, lobak merah, filamen ketam dan daun sup. Gaulkan sehingga sebati.
- Ambil adunan dengan sudu, letakkan diatas acuan cucur yang telah dipanaskan dan goreng dengan minyak panas sehingga warnanya kuning keemasan.

Pastikan acuan cucur cukup panas sebelum meletakkan bancuhan cucur supaya cucur tidak melekat pada acuan.


