Cucur Udang Seri-Aji

20 minit

17 biji


'Prawn Fritters' atau lebih dikenali sebagai 'cucur udang' adalah makanan ringan yang popular di Malaysia. Snek mudah ini disediakan dengan menggoreng adunan tepung yang dibancuh bersama udang, daun kucai, dan bawang merah.
Cucur udang yang garing di bahagian luar dan gebu di bahagian dalam menjadikannya pilihan yang digemari untuk minum petang atau sarapan pagi. Rasa Cucur Udang menjadi lebih sedap jika dihidangkan bersama sos cili ataupun kuah kacang.

1 paket | Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g |
Secukupnya | Minyak Masak |
375g | Udang |
30g | Daun Kucai (potong kecil ~1cm) |
25g | Bawang Merah (hiris) |
325ml | Air |
Bahan-bahan: sos
80 g | Gula melaka, diparut |
1 cawan | Air |
3 biji | Cili merah, dicincang |
2 biji | Cili padi merah, dicincang |
1 ulas | Bawang putih, dicincang |
½ sudu kecil | SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis 26 |
1 sudu kecil | Garam |
2 sudu besar | Cuka |
½ sudu kecil | Sos ikan |
1 sudu besar | Tepung jagung, dicampur dengan sedikit air |
½ sudu besar | Kacang tanah tumbuk |

- Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g bersama 325ml air.
- Tambahkan udang, hirisan daun kucai dan bawang merah. Gaulkan sehingga sebati.
- Ambil adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas sehingga warnanya kuning keemasan.
*Sepeket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g boleh digunakan untuk menggoreng 17 cucur
Cara Menyediakan: sos
- Cairkan gula melaka bersama air di dalam periuk.
- Masukkan SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis 26, cili merah,cili padi merah, garam, cuka dan sos ikan. Renehkan dengan api perlahan.
- Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sebati sehingga pekat. Tutup api.
- Tabur kacang tanah hancur.
- Sedia untuk dihidang bersama Cucur Udang Seri-Aji®.


