Daging Goreng Kunyit


5 orang


Resepi Daging Goreng Kunyit adalah antara hidangan daging lembu popular yang dipermudahkan lagi mengunakan SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan Serbaguna.

500 g | Daging lembu |
Secukupnya | Air |
1 sudu besar | SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan Serbaguna |
½ cawan | Minyak masak |
1 batang | Serai, diketuk |
50 g | Kacang panjang, dipotong 3cm |
50 g | Lobak merah, dihiris |
½ biji | Bawang kuning, dipotong tebal |
1 biji | Cili hijau, dihiris serong |
1 biji | Cili merah, dihiris serong |

- Rebus daging sehingga lembut dan potong nipis.
- Gaulkan daging bersama ½ sudu besar SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan Serbaguna.
- Di dalam kuali, panaskan minyak masak, goreng daging sehingga separa garing.
- Masukkan serai, kacang panjang dan lobak merah, goreng sehingga separuh masak.
- Perasakan dengan ½ sudu besar SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan Serbaguna.
- Masukkan bawang kuning, cili hijau dan cili merah. Kacau goreng sehingga masak dan garing.
- Sedia untuk dihidang.


