Daging Masak Hitam

50 minit

10 Hidangan


Hidangan Raya lazat yang akan memuaskan semua pengidam daging! Daging Masak Hitam ini memberikan rasa pedas, manis, dan berlada yang aromatik. Ia boleh dimakan dengan nasi putih atau bersama Nasi Serai istimewa kami.

600 g | Daging, dipotong dadu |
½ cawan | Minyak masak |
3 biji | Buah pelaga |
1 biji | Bunga lawang |
1 batang | Kulit kayu manis |
1 helai | Daun pandan, diikat simpul |
500 ml | Air |
2 sudu besar | Kerisik |
AS1 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
1 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
Bahan-bahan (A): Bahan perapan
2 sudu besar | Kicap pekat |
2 sudu besar | Kicap manis |
50 g | Gula melaka, dicincang halus |
2 sudu besar | Sos tomato |
2 sudu besar | Sos cili |
2 sudu besar | Cili kisar |
Bahan-bahan (B): Dikisar
3 batang | Serai |
1 inci | Lengkuas |
1 biji | Bawang besar |
7 biji | Bawang merah |
1 ulas | Bawang putih |
½ cawan | Air |

- Gaul daging bersama bahan perapan (A) dan bahan kisar (B) selama 30 minit.
- Panaskan minyak, masukkan buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis, tumis sehingga naik bau.
- Masukkan daun pandan dan daging yang telah diperap. Kacau sebati dan biar masak sehingga daging empuk. Tambahkan air sekiranya air daripada daging sudah kering dan daging belum empuk. Kacau dengan kerap supaya tidak hangit.
- Perasa dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Gaul rata.
- Masukkan kerisik dan masak sehingga kuah pekat. Sedia untuk dihidang.

Kacau dengan kerap supaya tidak hangit dibahagian bawah dan masak dengan rata.




