Dalca Sayur

1 jam

6 Hidangan

Dalca Sayur ialah masakan rebus berasaskan kekacang yang sangat popular dalam masakan India. Ia adalah hidangan berempah lengkap berkhasiat dengan protein berasaskan tumbuhan, tinggi serat dan karbohidrat kompleks, manakala rendah lemak dan kalori.
Resepi Dalca Sayur ini diperbuat daripada pelbagai jenis sayur-sayuran seperti kentang, lobak merah, terung bulat, kacang panjang, dan kacang bendi, dan dimasak di dalam kuah lentil yang kaya berperisa. Dalca biasanya disajikan bersama nasi atau roti.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
281.5 kcal

Carbohydrate
27.4 g

Protein
7.5 g

Fat
15.9 g

Sodium
629.6 mg

400 g | Kacang dal, rendam semalaman dan rebus hingga empuk |
3 sudu besar | Minyak masak |
1 tangkai | Daun kari |
1 batang | Kayu manis |
1 kuntum | Bunga lawang |
1 sudu kecil | Biji sawi |
40 g | Serbuk kari daging, dijadikan pes |
50 g | Kentang, dipotong dadu |
50 g | Lobak merah, dipotong dadu |
50 g | Terung bulat, dipotong dadu |
50 g | Kacang panjang, dipotong 5cm |
50 g | Kacang bendi, dipotong 2cm |
1 liter | Air |
1 cawan | Santan |
2 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1 ¼ sudu kecil | Garam |
Bahan-bahan B: dikisar halus
4 biji | Bawang merah |
4 ulas | Bawang putih |
2 inch | Halia |

- Panaskan minyak masak dalam kuali, masukkan bahan kisar (B), daun kari, kayu manis, bunga lawang dan biji sawi. Kacau hingga perang dan naik bau.
- Masukkan pes serbuk kari dan masak seketika.
- Masukkan air dan kentang. Masak sehingga kentang empuk, kemudian masukkan sayur-sayuran lain.
- Masukkan santan dan perasakan secukupnya.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 24% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


