Daging Dendeng

Resepi Daging Dendeng Mudah dan Original
recipe-cook-time
6 orang
Description
Keterangan Resipi

Resepi Daging Dendeng adalah hidangan ringkas dan lazat yang dibuat mengunakan daging, kicap, bawang dan penambah perasa Umami AJI-NO-MOTO®.

Cara masak Daging Dendeng yang mudah dan sedap adalah dengan memotong daging menjadi jalur nipis. Kemudian, gaulkan bersama bahan-bahan perasa dan rempah terpilih sebelum dikeringkan dengan menggunakan proses menggoreng.

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

1 kg Daging lembu
¼ cawan Kicap manis
5 biji Bawang merah, dihiris nipis
1 sudu kecil Asam jawa, dilarutkan bersama 200ml air
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
500 ml Minyak masak

Bahan-bahan A: dikisar halus

10 tangkai Cili kering, dibuang biji dan direbus
2 ½ biji Bawang besar
3 ulas Bawang putih
1 inci Halia
Method
Cara Menyediakan
  1. Rebuskan daging sehingga empuk.
  2. Hiris daging dan tumbuk sehingga nipis.
  3. Perapkan dengan separuh kicap manis.
  4. Panaskan minyak, goreng bawang merah sehingga kuning keemasan dan ketepikan.
  5. Dengan minyak yang sama, gorengkan daging dan ketepikan.
  6. Tinggalkan lebih kurang ½ cawan minyak dan tumiskan bahan-bahan (A) sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan air asam jawa, lebihan kicap manis dan gaul rata.
  8. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®.
  9. Masukkan daging dan bawang goreng, kemudian kacau rata.
  10. Sedia untuk dihidang.
Method
Tips
  1. Untuk mendapatkan daging yang lebih empuk, hiriskannya berlawanan dengan urat.
  2. Menggunakan minyak yang sama untuk menumis membuatkan hidangan lebih harum, lazat dan kurangkan pembaziran.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg