Filet Salmon Goreng Bersama Pasta

Pan-Fried Salmon Fillet With Sauteed Pasta
30 minit
recipe-cook-time
4 Hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Filet Salmon Goreng yang rangup dan enak sesuai untuk dihidangkan bersama Pasta Tumis yang mengenyangkan. Hidangan yang lazat dan mudah untuk makan tengah hari atau makan malam di rumah.

Ingredients
Bahan-bahan
4 keping Filet ikan salmon
1 sudu besar Jus lemon
1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
1 sudu kecil Garam
3 sudu besar Minyak zaitun
1 sudu besar Mentega tanpa garam

Bahan-bahan A: pasta

2 sudu besar Minyak zaitun
6 ulas Bawang putih, dicincang
190 g Spageti, rebus dan toskan
10 biji Tomato ceri, dipotong separuh
1 sudu besar AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
1 sudu besar Pasli, potong halus
Method
Cara Menyediakan
  1. Perap salmon dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa, jus lemon dan garam.
  2. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali anti lekat dan cairkan mentega.
  3. Letakkan filet salmon di atas kuali, bahagian kulit menghadap ke bawah. Goreng sehingga keemasan dan garing, selama 4 minit.
  4. Kemudian terbalikkan filet dan kecilkan api kepada sederhana. Teruskan menggoreng selama 4 hingga 5 minit sehingga bahagian daging berwarna keemasan dan garing. 
  5. Tutup api dan ketepikan. 
  6. Untuk menyediakan pasta, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih. 
  7. Masukkan spageti dan tomato ceri, gaul sebati.
  8. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
  9. Taburkan daun pasli dan sedia untuk dihidang bersama ikan salmon.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg