Gulab Jamun (Manisan India Berasaskan Susu)

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi


Manisan India berasaskan susu dimakan bersama sirap manis. Pencuci mulut yang lazat dimakan panas atau sejuk. Cubalah resepi Gulab Jamun ini, sedap dan ringkas.

Bahan-bahan:
1 cawan | Tepung susu |
1/3 cawan | Tepung gandum |
½ sudu teh | Soda bikarbonat |
1/3 cawan | Susu mentega (buttermilk)* |
2 sudu teh | Minyak masak |
Bahan-bahan: untuk sirap
1 cawan | Gula |
¾ cawan | Air |
2 pkt kecil | Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet® |
4 biji | Buah pelaga |
Secubit | Saffron |
Bahan-bahan: susu mentega (buttermilk)*
¼ cawan | Susu penuh krim |
1 sudu teh | Cuka |

1.
Untuk menyediakan susu mentega, gaulkan susu penuh krim dengan cuka. Ketepikan sebentar.
2.
Untuk menyediakan sirap, didihkan gula, air dan buah pelaga sehingga pekat sikit. Padam api, taburkan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet® dan saffron. Biar menyejuk.
3.
Ayakkan tepung susu, tepung gandum dan soda bikarbonat, ketepikan.
4.
Gaul masuk susu mentega dan minyak masak.
5.
Satukan campuran tepung susu dan campuran susu mentega sehingga doh yang lembut dan melekit terbentuk.
6.
Tambah sedikit susu lagi jika doh masih rapuh (mudah hancur).
7.
Jangan uli doh terlalu lama sebab jika gluten mula terbentuk, bebola tidak dapat serap sirap gula dengan baik.
8.
Gris tapak tangan dengan minyak dan jadikan doh bebola kecil.
9.
Gorerng-celup di atas api kecil hingga perang-keemasan.
10.
Rendam dalam sirap pada suhu bilik.
Disqus comment