Gulungan Lasagne Bayam Berkeju

Resepi Gulungan Lasagne Bayam Berkeju amat mudah untuk disediakan. Ia sesuai untuk mengalakkan kanak-kanak menikmati sayur-sayuran dalam makanan mereka.

Bahan-bahan A: sos
| 2 sudu besar | Minyak masak |
| 4 ulas | Bawang putih, dicincang |
| 4 biji | Bawang merah, dicincang |
| 200 g | Daging ayam cincang |
| 1 biji | Tomato, dicincang |
| 10 sudu besar | Puri tomato |
| 1 sudu kecil | Herba campur |
| 4 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
| 1 sudu besar | Gula |
| ½ cawan | Air |
Bahan-bahan B:
| 1 sudu besar | Minyak masak |
| 300 g | Daun bayam |
| 6 keping | Kulit lasagna, direbus |
| 70 g | Keju Mozarella, diparut |

- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
- Masukkan daging ayam cincang. Kacau sebati.
- Masukkan tomato, puri tomato dan herba campur.
- Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan gula.
- Masukkan air dan reneh selama 10 minit. Ketepikan.
- Tumiskan daun bayam dengan minyak masak sehingga lembut.
- Tuangkan separuh daripada sos ke dalam bekas pembakar.
- Letakkan bayam pada kulit lasagna. Gulungkan dan letakkan di dalam bekas pembakar.
- Tuangkan lebihan sos di atas. Taburkan keju mozzarella.
- Bakar pada suhu 180°c selama 20 minit atau sehingga keju keperangan.
- Sedia untuk dihidang.



