Hinava (Salad Ikan Mentah)

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi




Hinava (Salad Ikan Mentah)

Bahan-bahan:
3 biji | Limau nipis, diperah jus |
3 biji | Limau kasturi, diperah jus |
250 g | Filet ikan kurau |
½ buah | Peria katak, dibuang biji dan dihiris |
10 g | Halia, dicincang hal |
5 biji | Bawang merah kecil, dihiris halus |
½ biji | Bawang merah, dihiris halus |
½ biji | Bawang kuning, dihiris halus |
1 biji | Mangga muda, dibuang kulit & dipotong jalur nipis |
3 – 4 tangkai | Cili padi, dicincang |
1 tangkai | Cili merah, dihiris |
Sedikit | Daun ketumbar, dicincang halus |
Sedikit | Daun bawang |
Bahan-bahan A: perasa
1 sudu kecil | Lada Berperisa AJI-SHIO® |
½ sudu kecil | Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® |
2 – 3 paket kecil | Pemanis Pal Sweet® atau secukup rasa |
1 sudu kecil | Garam atau secukup rasa |

1.
Gabungkan jus limau nipis dan limau kasturi, ketepikan.
2.
Potong filet ikan kepada kepingan tebal. Letakkan kepingan ikan yang telah dipotong ke dalam mangkuk.
3.
Masukkan campuran jus limau nipis dan limau kasturi. Gaul menggunakan penyepit sehingga sebati. Ketepikan selama 10 – 15 minit sehingga isi ikan menjadi pudar dan separuh masak.
4.
Taburkan sedikit garam pada hirisan peria katak. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air dan tuskan air yang berlebihan.
5.
Masukkan halia, bawang merah, bawang, mangga, peria katak dan cili padi ke dalam mangkuk. Campurgaulkan dengan filet ikan untuk membentuk Hinava.
6.
Gabungkan bahan perasa (A) di dalam mangkuk kecil dan taburkan pada Hinava. Gaul rata.
7.
Masukkan cili merah, sedikit daun ketumbar dan daun bawang sebagai hiasan.
Disqus comment