Ikan Asam bersama Sayur-Sayuran
30 minit
5 Hidangan

Hidangan berkuah pedas dan masam Ikan Asam bersama Sayur-Sayuran, sememangnya popular di kalangan masyarakat di Malaysia dan Indonesia. Terdapat pelbagai jenis sayur menjadikannya lengkap dan berkhasiat.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
130.0 kcal

Carbohydrate
12.0 g

Protein
15.0 g

Fat
3.0 g

Sodium
398.0 mg

| 3 saiz sederhana | Ikan Kembong |
| 80 g / 1 mangkuk kecil | Kobis, potong kecil |
| 80 g / 2-3 batang | Bendi, celur dan potong kecil |
| 80 g / ½ biji | Terung, potong kecil |
| 1 batang | Bunga kantan, hiris |
| 1 batang | Serai, diketuk |
| 200 ml | Air, boleh disesuaikan |
| 1 batang | Daum kesum |
| 80 g / 1 biji kecil | Tomato, potong 4 |
| 1 keping | Asam keping |
| 1 sudu besar | Asam jawa, campur dengan 100 ml air |
Bahan-bahan A: kisar halus
| 4 tangkai | Cilikering, rebus, potong dan dibuang biji |
| 3 biji | Bawang merah |
| 3 ulas | Bawang putih |
| ½ saiz ibu jari | Lengkuas |
| ½ saiz ibu jari | Belacan |
Bahan-bahan B: bahan perasa
| ½ sudu besar | Gula |
| ½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
| ½ sudu kecil | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
| ¼ sudu kecil | Garam |

- Celur kesemua sayuran dengan air panas dan ikan di stim seketika.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar (A), bunga kantan dan serai sehingga naik bau.
- Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan daum kesum dan 3 ekor ikan.
- Masukkan kesemua sayuran, asam keeping dan jus asam jawa.
- Perasakan dengan bahan (B). Dihidang panas.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 16% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.




