Ikan Bawal Goreng Bersama Kicap Soya dan Cuka

Ikan Bawal Goreng Bersama Kicap Soya dan Cuka

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
227.80 kcal
Carbohydrate
6.90 g
Protein
23.88 g
Fat
11.68 g
Sodium
193.24 mg
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
Ajinomoto Malaysia
5 Hidangan
40 minit
Keterangan Resipi

Kombinasi ikan bawal goreng bersama kuah yang menyelerakan digemari oleh kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Bahan-bahan

Bahan-bahan:

5 sudu besar Ikan bawal kecil
1/2 sudu besar Serbuk kunyit
Secukupnya Minyak masak
1 biji Bawang besar, dipotong gelang
2 ulas Bawang putih, dihiris
1 inci Halia, dicincang
1 biji Cili hijau, dibuang biji dan dipotong separuh

Bahan-bahan A: kuah

80 ml Air
1 sudu kecil Gula
1/2 sudu besar Cuka
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/3 sudu kecil Kicap pekat
1 sudu kecil Kicap cair
Cara Menyediakan
  1. Gaul rata ikan dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali, goreng ikan hingga garing, toskan.
  3. Susun ikan goreng dalam pinggan.
  4. Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga kuning keemasan.
  5. Masukkan semua bahan kuah (A), didihkan.
  6. Tuangkan sos ke atas ikan goreng dan dihidang.
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 14% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg