Ikan Goreng

15 minit

5 Hidangan

Ikan Goreng merupakan hidangan yang popular di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara. Biasanya, ikan diperap dengan adunan garam dan kemudian digoreng dalam minyak panas sehingga berwarna keperangan di luar dan masak di dalam.
Biasanya, ikan goreng disajikan bersama-sama dengan pelbagai pelengkap seperti nasi putih, sayur-sayuran, dan sos untuk dicelup. Resepi Ikan goreng daripada Ajinomoto Malaysia yang mudah dan cepat ini sememangnya menjadi kegemaran sesiapa saja.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
146.0 kcal

Carbohydrate
2.0 g

Protein
19.0 g

Fat
7.0 g

Sodium
185.0 mg

500 g | Ikan tenggiri |
1/3 sudu kecil | Cuka |
½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
½ sudu kecil | Garam |
Secukupnya | Minyak masak untuk goreng penuh |

- Perap ikan bersama cuka, AJI-NO-MOTO® dan garam, sekurang-kurangnya 30 minit.
- Panaskan minyak, goreng di dalam minyak penuh sehingga masak dan kuning keemasan.
- Hidang panas bersama nasi putih.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 29% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


