Ikan Kukus Kantonis
25 minit
10 Hidangan

Hidangan ikan gaya restoran yang mudah dimasak serta sihat untuk setiap majlis anda.

| 1 ekor | Ikan kerapu, anggaran 1.2 kg, dibuang sisik, dibersihkan dan dipotong (butterfly-style) |
| 10 ml | Minyak masak |
Bahan-bahan: Perapan
| 1 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
| ½ sudu besar | Garam |
| 1 biji | Telur putih |
| 1 sudu besar | Tepung ubi kayu |
Bahan-bahan: Sos
| 450 ml | Air |
| 2 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
| 30 g | Gula batu |
| 4 sudu kecil | Sos tiram |
| 6 sudu besar | Kicap cair |
| 1 sudu kecil | Sos ikan |
Hiasan
| 2 tangkai | Daun bawang, dihiris nipis, direndam dalam air untuk menjadikannya kerinting |
| 2 batang | Cili merah, dihiris nipis, direndam dalam air untuk menjadikannya kerinting |
| 2 inci | Halia, dicincang halus |
| 2 tangkai | Daun ketumbar, dicincang |

- Perap ikan bersama bahan perapan dan AJI-NO-MOTO®.
- Letakkan ikan di atas pinggan pengukus dan kukus pada suhu tinggi selama 10 minit atau sehingga masak, buang air di dalam pinggan setelah mengukus.
- Campurkan bahan-bahan sos bersama AJI-NO-MOTO® dan didihkan. Tuang sos yang mendidih ke atas ikan.
- Hiaskan dengan daun bawang, cili merah dan halia. Panaskan minyak masak dan tuang ke atas ikan, hiaskan dengan daun ketumbar dan sedia untuk dihidang.



