Ikan Pembawa Tuah & Kekayaan

Ikan Pembawa Tuah & Kekayaan
Description
Keterangan Resipi

Ikan Pembawa Tuah & Kekayaan

Ingredients
Bahan-bahan
1 keping (kira-kira 300 g) Ikan (lebih baik guna kerapu/senangin)
10 g Halia, dipotong halus
½ sudu teh Tepung jagung
50 g Isi ayam, dibuang kulit & dipotong dadu
1 biji Asam boi (suin moey)
60 g Kubis, dipotong dadu
1 peket Taufu Jepun, dipotong dadu

Bahan-bahan (A):

¼ sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®
Serenjis Garam
¼ sudu teh Minyak bijan

Sos (B):

5 Cili padi, ditumbuk ringan
2 tangkai Serai, ditumbuk
2 tangkai Daun bawang
1 tangkai Akar ketumbar
10 g Lengkuas, ditumbuk
250 ml Air

Bahan Perencah (C):

½ sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®
¼ sudu teh AJINOMOTO®
1 sudu besar Nampla (sos ikan)
1 sudu teh Perencah Pati Ayam TUMIX®
½ sudu teh Gula atau hingga cukup rasa
1 sudu teh Minyak bijan

Bahan Hiasan (D):

Sedikit Daun ketumbar dan daun bawang (dipotong halus)
1 sudu teh Hirisan cili merah
Method
Cara Menyediakan
  1. Bersihkan ikan, toskan air dan sapu dengan bahan-bahan (A), diikuti dengan tepung jagung.
  2. Satukan bahan-bahan sos (B) dalam periuk dan didih selama 10 minit. Kacau masuk bahan perencah (C). Pastikan sos panas sementara ikan disediakan.
  3. Letak ikan di atas pinggan kukus, susun halia di atas ikan.
  4. Taburkan asam boi dan isi ayam di atas ikan. Kukus selama 10 minit pada suhu tinggi. Pada minit ke-8, letak kubis dan taufu Jepun di sekeliling ikan dan terus kukus hingga ikan menjadi masak.
  5. Singkirkan cecair dari ikan kukus.
  6. Pindahkan ikan dan kondimen ke atas pinggan dan siram sos yang sudah disediakan.
  7. Taburkan bahan hiasan (D) sebelum hidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg