Ikan Percik

Ikan Percik
Description
Keterangan Resipi

Ikan percik yang berdasarkan AYAM PERCIK asli Kelantan dimasak dengan pelbagai rempah yang memberikan rasa enak kepada ikan yang segar dan lembut. Dengan tambahan Lada Berperisa AJI-SHIO® dan perencah Rempah Gorengan Serbaguna SERI-AJI®, hidangan ini amat sesuai untuk dinikmati bersama dengan kawan dan ahli keluarga pada bulan Ramadan.

Ingredients
Bahan-bahan
500 g Filet ikan merah (besar)
5 keping Aluminium foil, 10’x10’
5 helai Daun pisang, 5’x5’
½ cawan Minyak masak
2 cawan Santan pekat
1 sudu besar Asam jawa, digaul dengan 5-6 sudu besar air
Secukup Garam
1 paket kecil Perencah Rempah Gorengan Serbaguna SERI-AJI®
Sedikit (1 titis) Pewarna merah
½ biji Lemon
Sedikit Pasli

Bahan-bahan A: untuk perap ikan

1 sudu teh Turmeric powder
1 sudu teh Garam
½ sudu teh Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®
3 ulas Bawang putih, digiling menjadi pes
2 ½ sm Halia, digiling menjadi pes

Bahan-bahan B: dikisar

12 keping Cili merah kering, direndam air
5 biji Cili merah hidup
10 biji Bawang merah
2 ½ sm Halia
2 sm Kunyit hidup
5 ulas Bawang putih
6 biji Buah keras, digoreng tanpa minyak terdahulu
2 tangkai Serai
½ sudu besar Serbuk ketumbar
1 biji Tomato
Method
Cara Menyediakan
  1. Perap ikan yang telah dibersihkan dengan bahan-bahan (A).
  2. Susun ikan di atas aluminium foil yang telah dilengser minyak dan dialas dengan daun pisang. Lipat foil (menuju ke dalam) kepada bentuk sampan. Ketepikan.
  3. Panaskan ketuhar kepada 180’C dan bakar ikan selama 5 minit.
  4. Kisar halus bahan-bahan (B) dengan mesin pengisar.
  5. Panaskan minyak dalam kuali, tumis pes (B) dan Perencah Rempah Gorengan Serbaguna SERI-AJI® hingga pekat. Tambah masuk garam, santan, sos asam jawa dan pewarna merah, kacau sebati. Padam api.
  6. Siram kuah secara sekata di atas ikan. Terus bakar selama 7-10 minit lagi hingga masak. Hias dengan pasli dan hidang dengan hirisan lemon.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
Seri-Aji® Seasoned Flour (Original) Recipes
Seri-Aji® Seasoned Flour (Original) Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg