Japchae

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi



Mee kanji kentang ala korea

Bahan-bahan:
300 g | Mi kanji kentang |
50 ml | Minyak bijan |
1 sudu besar | Bawang putih cincang |
200 g | Filet ayam, dipotong bentuk batang mancis |
10 kuntum | Cendawan shiitake, dihiris nipis |
50 g | Cendawan abalone, dihiris |
Bahan-bahan A: perencah
2 sudu besar | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
Beberapa titis | Kicap pekat |
½ sudu teh | Lada Berperisa AJI-SHIO® |
Bahan-bahan B:
1 batang | Lobak merah, diparut kasar |
4-5 helai | Daun bawang, dipotong 1 inci |
1 tangkai | Ketumbar, dipotong kasar |

1.
Celur mi kanji kentang dengan air didih, kemudian bilas dengan air sejuk. Toskan air dan tambah 1 sudu besar minyak bijan.
2.
Panaskan baki minyak bijan, tumis bawang putih hingga keemasan. Masukkan ayam dan dua jenis cendawan, kacau hingga ayam masak.
3.
Gaul masuk (A), kacau sekata dan tambah (B). Kacau sebati.
4.
Letak mi di dalam mangkuk besar. Tambah ayam tadi dan kacau sekata. Hidang panas ataupun sejuk.
Disqus comment