Jeli Serai bersama Sirap Limau Kasturi
Keterangan Resipi
Jeli Serai bersama Sirap Limau Kasturi
Bahan-bahan
Bahan-bahan: sirap limau kasturi
200 ml | Air panas |
6 | Limau kasturi, diperah jus |
9-10 peket | Pemanis Pal Sweet® atau secukup rasa |
Bahan-bahan A: jeli
1.2 liter | Air |
4 tangkai | Serai, ditumbuk |
4 cm (20 g) | Halia, ditumbuk |
5 helai | Daun limau purut |
2 helai | Daun pandan, disimpul |
55 g | Gula merah lembut |
15 g | Serbuk jeli segera |
Bahan-bahan B: hiasan
Sedikit | Daun pudina |
Cara Menyediakan
- Cara menyediakan sirap limau kasturi, campurkan air panas dan jus limau kasturi, didihkan. Padam api dan taburkan Pemanis Pal Sweet®. Kacau sekata dan simpan di dalam peti sejuk.
- Cara mambuat jeli, didihkan air bersama serai, halia, daun limau purut dan daun pandan. Kecilkan api dan reneh selama 20 minit hingga harum.
- Tapis campuran jeli, masukkan gula merah dan serbuk jeli. Kacau hingga larut seluruhnya. Panaskan campuran sehingga mendidih.
- Tuang campuran jeli ke dalam mangkuk. Biar menjadi pejal dan simpan di dalam peti sejuk.
- Cara hidang, senduk dan pecahkan jeli, letak di dalam cawan ataupun mangkuk. Siram dengan sirap limau kasturi dan hias dengan daun pudina.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Pal Sweet® Recipes