Kacang Panjang bersama Aneka Cendawan (SCK Special)

Kacang Panjang bersama Aneka Cendawan (SCK Special)
recipe-cook-time
6 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Sayur Kacang Panjang Bersama Aneka Cendawan ini sangat menarik untuk seisi keluarga. Bukan sahaja menjadi hidangan sihat, resepinya juga mudah dan cepat. Penuh dengan rasa Umami!

Ingredients
Bahan-bahan
3 sudu besar Minyak masak
7 ulas Bawang putih, dicincang
3 cm Halia, dihiris
200 g Daging lembu, dihiris nipis
2 cawan Air
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
3 sudu kecil Kicap manis
1 sudu kecil Garam, atau secukupnya
200 g Kacang panjang, dipotong panjang 3 cm
80 g Cendawan tiram
80 g Cendawan shimeji
80 g Cendawan shimeji putih
80 g Cendawan enoki
1 sudu besar Tepung jagung, dicampur dengan 2 sudu besar air
2-3 tangkai Daun bawang, dihiris nipis
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak.
  2. Tumiskan bawang putih dan halia.
  3. Masukkan daging dan kacau goreng seketika.
  4. Tuangkan air dan biarkan ia mendidih.
  5. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, kicap manis dan garam.
  6. Masukkan ke semua sayuran, kacau dan biarkan ianya masak.
  7. Tuangkan campuran tepung jagung dan kacau sehingga pekat.
  8. Taburkan daun bawang dan sedia untuk dihidang.
Method
Tips

Cendawan ialah sayuran yang menyerap air, membasuhnya boleh mengakibatkan kehilangan rasa pada cendawan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg