Kambing Masala

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

 

Cadangan hidangan: 4-6 orang

 

Ingredients:
4 sudu besar Minyak masak
4 sudu besar Minyak sapi
1 kg Daging kambing
5 cawan Air
2 sudu besar Tomato puri
3 sudu besar Yogurt
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil Garam
Bahan-bahan A: rempah
2 batang Kulit kayu manis
6 biji Buah pelaga
4 biji Cengkih
3 helai Daun salam kering
15 biji Lada hitam
Bahan-bahan B: dikisar
2 biji Bawang kuning
8 biji Bawang putih
1 inci Halia
3 sudu besar Garam masala
2 sudu besar Serbuk cili
1 sudu kecil Serbuk kunyit
Sedikit Air
Cara Menyediakan

1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan bahan- bahan (A) sehingga wangi.
2. Masukkan bahan-bahan kisar (B),biarkan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging kambing dan kacau rata.
4. Tuangkan air dan tomato puri, gaul rata. Renehkan sebentar.
5. Tambahkan yogurt dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
6. Renehkan selama 1 ½ jam atau sehingga daging kambing lembut.
7. Sedia untuk dihidang.

Kongsi Artikel Ini