Kangkung Goreng Belacan

Resipi Kangkung Goreng Belacan
20 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Kangkung Goreng Belacan merupakan hidangan popular di kalangan masyarakat Malaysia. Ia juga merupakan cara terbaik untuk memasukkan lebih banyak sayur-sayuran ke dalam diet anda sambil menikmati keenakan masakan.

Resipi Sayur Kangkung Goreng Belacan daripada Ajinomoto Malaysia yang mudah dan sangat sedap. Sesuai dihidangkan untuk warga emas dan seisi keluarga kerana resipi ini juga lebih sihat dan kurang garam.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
68.6 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
3.96 g
Protein
Protein
3.58 g
Fat
Fat
4.22 g
Sodium
Sodium
278.98 mg
Ingredients
Bahan-bahan
2 sudu besar Minyak
300 g Kangkung, buang bahagian keras dan potong 2 inci panjang
¼ cawan Air
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO® Perencah Umami
¼ sudu kecil Garam
½ biji Cili merah, dipotong serong

Bahan-bahan A: kisar halus

2 biji Bawang kecil
2 ulas Bawang putih
1 biji Cili merah
2-3 biji Cili api
½ cm Belacan
2 sdu besar Ikan bilis, direndam
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar (A) sehingga wangi.
  2. Masukkan kangkung, air, AJI-NO-MOTO® dan garam.
  3. Kacau rata sehingga kangkung lembut.
  4. Sedia dihidang bersama hirisan cili merah.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 10% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg