Kari Ayam



Kari ayam merupakan hidangan yang terkenal di banyak negara seperti India, Pakistan, Filipina, Thailand, dan Jamaica. Setiap individu mempunyai cara memasak kari ayam yang berbeza, tetapi asasnya adalah ayam dan kuah kari yang pekat. Sesetengah individu juga suka menambahkan ubi kentang atau sayur lobak merah di dalam hidangan kari ayam.
Kari Ayam juga adalah hidangan yang lengkap kerana ia mengandungi protein daripada ayam. Kuahnya juga dibuat dengan herba dan rempah ratus, yang tinggi dengan zat mineral baik untuk kesihatan badan.
Di Malaysia resepi kari ayam adalah salah satu hidangan yang popular dalam kalangan masyarakat kerana kelazatan Kari Ayam yang dimasak bersama rempah dan bahan terpilih. Enak dimakan bersama nasi mahupun roti.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan






Bahan-bahan:
2 sudu besar | Minyak masak |
1 batang | Serai, diketuk |
1 tangkai | Daun kari |
1 kecil | Kulit kayu manis |
1 kecil | Bunga lawang |
4 sudu besar | Serbuk kari ayam, dicampur dengan sedikit air |
500 g | Ayam, di potong kecil |
1 cawan | Air |
200 g / 1 biji | Kentang, di buang kulit dan potong kecil |
1 kecil | Asam keping |
4 sudu besar | Susu sejat |
Bahan-bahan A: kisar halus
2-3 biji | Bawang merah |
2 biji | Bawang putih |
¼ size ibu jari | Halia |
Bahan-bahan B: bahan perasa
¼ sudu kecil | Gula |
½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1/3 sudu kecil | Garam |

- Panaskan minyak di dalam periuk, tumis serai, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.
- Masukkan bahan kisar (A), kacau sebentar.
- Masukkan campuran serbuk kari dan masak beberapa minit sehingga wangi.
- Masukkan ayam dan kacau rata.
- Masukkan air dan kentang, biarkan didih. Apabila sudah mendidih, masukkan asam keping dan bahan perasa (B).
- Masak sehingga kentang empuk, dan tuangkan susu sejat.
- Biarkan mendidih sekali lagi dan sedia dihidang.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 17% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


