Karipap Bakar (Cornish Pastry)

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi



Karipap Bakar (Cornish Pastry)

Bahan-bahan: inti daging
1 sudu besar | Minyak zaitun |
1 biji (kecil) | Bawang besar |
2 ulas | Bawang putih |
350 g | Daging lembu kisar |
1 biji | Ubi kentang, dipotong dadu |
1 batang | Lobak merah, dipotong dadu |
1 sudu teh | Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI® |
1 sudu teh | Perencah Pati Ayam TUMIX®, digaul dengan 80 ml air |
2 sudu teh | Tepung jagung |
1 sudu besar | Sos worcestershire |
Bahan-bahan A: doh
60 g | Mentega |
30 g | Lemak shortening |
150 g | Tepung gandum |
2-3 sudu besar | Air sejuk |
1 sudu teh | Garam |

1.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih. Tambah daging, ubi kentang dan lobak merah.
2.
Masak hingga ubi kentang menjadi sedikit lembut. Tambah Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI®.
3.
Campur-gaul tepung jagung dengan 2 sudu besar kuah dari masakan tadi. Masukkan campuran tepung jagung ke dalam kuali, tambah sos worcestershire.
4.
Didihkan dan masak 2 minit lagi hingga sedikit pekat.
5.
Untuk menyediakan pastry, campur-gaul mentega, lemak shortening, garam dan tepung gandum sehingga tekstur berpasir dicapai.
6.
Tambah secukup air sejuk untuk membentuk adunan doh.
7.
Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum digunakan.
Disqus comment