Kek Gugelholf Oren

Kek Gugelholf Oren
Description
Keterangan Resipi

Kek Gugelholf Oren

Ingredients
Bahan-bahan
250 g Mentega
195 g Gula kastor
4 bji Telur
2 biji Parutan kulit buah oren
1 sudu teh Pes oren
250 g Tepung naik sendiri, diayak
80 ml Susu sejat
70 g Campuran kulit jeruk manis

Bahan-bahan sos:

150 ml Jus oren segar
Serenjis Garam
3 peket kecil Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®

Bahan-bahan pemekat:

1 sudu teh Kanji ubi kentang, digaul dengan 1 sudu besar jus oren

Hiasan:

Sedikit Gula kristal (berwarna perak) dan campuran kulit jeruk manis
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan ketuhar kepada 180° C. Griskan acuan gugelholf dan kotkan dengan sedikit tepung gandum.
  2. Satukan parutan kulit buah oren, campuran kulit jeruk manis dan tepung naik sendiri.
  3. Campur-gaul mentega, gula dan pes oren sehingga berkrim dan halus.
  4. Masukkan telur, 1 biji pada setiap masa.
  5. Gaul masuk campuran tepung naik sendiri.
  6. Secara perlahan-lahan, tuangkan susu sejat dan pukul hingga sekata.
  7. Masukkan campuran ke dalam acuan. Bakar selama 40 – 45 minit atau sehingga campuran kek tidak lagi melekat pada pencucuk yang dimasukkan ke dalamnya. (Jika kek cepat menjadi perang, tutup dengan sekeping kertas aluminium yang digris dengan minyak.)
  8. Biarkan kek di dalam acuan selama 10, kemudian pindah ke atas rak wayar dan biar menyejuk.
  9. Sos: Letakkan jus oren di dalam kuali leper kecil. Panaskan di atas api sederhana dan biar selama 2 – 3 minit. Tabur garam dan masukkan bahan-bahan pemekat.
  10. Padam api dan bubuh Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®. Kacau sebati, siram sos di atas kek. Tabur sedikit gula kristal dan campuran kulit jeruk manis.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Pal Sweet® Recipes
Pal Sweet® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg