Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

Kek Pisang Kukus Bersos Santan

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Pal Sweet®
Ajinomoto Malaysia
Keterangan Resipi

Kek Pisang Kukus Bersos Santan

Bahan-bahan
Bahan-bahan: kek
1 cawan Tepung/kanji ubi kayu
¼ cawan Gula
½ cawan Air
3-4 titis Pewarna kuning
Secukup Garam
4 biji Pisang masak
Bahan-bahan A: sos
1 cawan Santan
½ cawan Air
Secukup Garam
1 sudu besar Tepung ubi kayu
2-3 peket kecil Pemanis Pal Sweet®
Bahan-bahan B: hiasan
50 g Bijan panggang
100 g Kacang tanah panggang, digiling halus
Cara Menyediakan
1. Satukan tepung ubi kayu, gula, air, pewarna kuning dan garam. Kacau sehingga sebati.
2. Buang kulit pisang, hiris pisang menjadi ketulan 1 cm. Campurgaul bersama campuran tepung.
3. Tuangkan campuran ke dalam loyang ataupun cawan individu yang telah disapu dengan minyak.
4. Kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.
5. Cara menyediakan sos, campur-gaulkan santan, air, garam dan tepung ubi kayu di atas api kecil. Kacau hingga didih dan padam api.
6. Taburkan Pemanis Pal Sweet® dan kacau.
7. Kek kukus sedia dihidang dengan sos santan, bijan dan kacang tanah.
Kembali ke Senarai Resipi
Ajinomoto Product