Resepi Kentang Goreng Rangup
5 orang
Tonton Video Memasak
Keterangan Resipi
Dengan menggunakan resepi berikut, anda dapat menghasilkan Kentang Goreng Rangup di rumah dengan mudah kerana langkah penyediaannya yang ringkas. Lembut di dalam, rangup diluar. Resepi Kentang Goreng Rangup ini pasti menjadi hidangan snek kegemaran seisi keluarga.
Bahan-bahan
2 sudu besar | Jus Lemon / cuka |
2 cawan | Susu rendah lemak |
2 biji | Kentang russet, dipotong baji |
Secukupnya | Minyak masak |
Bahan-bahan A: Perapan
1 biji | Telur |
¾ sudu kecil | Garam |
3 sudu besar | TUMIX® Perencah Pati Ayam |
1 sudu besar | Mustard Kering |
1 sudu besar | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
Bahan-bahan B: Salutan
2 ½ cawan | Tepung Gandum |
½ cawan | Tepung Jagung |
¼ sudu kecil | Garam |
½ sudu kecil | Serbuk Bawang Putih |
½ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
Cara Menyediakan
- Campurkan jus lemon dan susu rendah lemak, biarkan selama 10 minit sehingga menjadi dadih. Ketepikan.
- Campurkan kesemua bahan (A) bersama dengan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® dan 2 ½ cup dadih, gaul hingga sebati.
- Perapkan kentang bersama campuran (A) selama 20 minit.
- Campurkan kesemua bahan (B) bersama dengan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®, gaul rata.
- Salutkan kentang dengan campuaran (B), gorengkan kentang sehingga garing.
- Hidangkan dengan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®
Tips
Tujuan dadih adalah untuk memberi rasa kelemakkan dan kentang goreng tidak akan menjadi kering .
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes