Kepak Ayam Buffalo

Kepak Ayam Buffalo
Description
Keterangan Resipi

Kepak ayam goreng lembut yang disaluti sos pedas

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

Secukup Minyak masak (untuk goreng celup)
8 ketul Kepak ayam, dipotong 2

Bahan-bahan B: campuran tepung

½ cawan Tepung gandum
2 sudu teh Perencah Rempah Gorengan Serbaguna SERI-AJI®
1 sudu teh Paprika
¼ sudu teh Garam

Bahan-bahan C: sos

¼ cawan Mentega
¼ cawan Sos pedas/cili
½ sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®
½ sudu teh Serbuk bawang putih
1 sudu teh Cili cayenne
Method
Cara Menyediakan
  1. Satukan bahan-bahan (B) di dalam mangkuk kecil.
  2. Pastikan semua kepak ayam adalah kering.
  3. Susun kepak ayam di dalam mangkuk besar. Taburkan campuran tepung (B) dan kotkan setiap kepak ayam secara sekata.
  4. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit (supaya bahan salutan tetap melekat pada kepak ayam).
  5. Panaskan minyak, goreng-celup selama 10-15 minit atau hingga kepak ayam menjadi keperangan.
  6. Angkat kepak ayam dan letak di atas tuala dapur.
  7. Untuk menyediakan sos, panaskan mentega di dalam kuali leper kecil di atas api kecil hingga cair.
  8. Bubuh semua bahan (C) yang lain dan kacau sebati. Padam api.
  9. Letak kepak ayam goreng di dalam mangkuk besar, tambah sos dan kacau.
  10. Salutkan kepak ayam secara sekata.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
Seri-Aji® Multipurpose Seasoning Recipes
Seri-Aji® Multipurpose Seasoning Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg