Kepak Ayam Goreng Lada Hitam dengan Kerabu

Kepak Ayam Goreng Lada Hitam dengan Kerabu
Description
Keterangan Resipi

Hidangan terkenal sepanjang masa, sungguh enak makan dengan sayap ayam yang berperap lada hitam dan disajikan bersama Kerabu. Perencah Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® pasti menghasilkan masakan Sayap Ayam Lada Hitam terbaik yang pernah anda rasai.

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

8 ketul Kepak ayam
1 sudu besar Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®
½ biji Telur ayam
7 sudu besar Tepung jagung
1 liter Minyak masak (untuk goreng celup)

Bahan-bahan B: kerabu

Sedikit Timun Jepun (Zucchini)
Sedikit Bawang besar
Sedikit Lobak merah
Sedikit Kulit lemon
   

Bahan-bahan C: sos

5 sudu besar Sos cili masam manis Thai
2 pkt kecil Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®
Sedikit Garam
Sedikit AJI-NO-MOTO®
2 ulas Bawang putih
2 sudu besar Air

Bahan-bahan D: Hiasan

Sedikit Bijan
Sedikit Rumpai laut kering berperisa (seaweed)
Sedikit Timun Jepun (Zucchini)
Sedikit Lobak merah
Sedikit Lemon
Method
Cara Menyediakan
  1. Bilas kepak ayam dengan air sebelum kotkan dengan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®, telur dan tepung jagung. Biarkan selama 5 minit.
  2. Goreng-celup ayam hingga perang-keemasan.
  3. Goreng bijan tanpa minyak selama beberapa saat untuk meningkatkan aromanya.
  4. Untuk menyediakan sos, satukan sos cili masam manis Thai, garam, AJI-NO-MOTO®, bawang putih dan air. Masak dan padam api, taburkan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®.
  5. Hiris halus timun Jepun, bawang besar, lobak merah dan kulit lemon untuk menyediakan kerabu.
  6. Campur-gaul bahan-bahan yang telah dihiris dengan sos.
  7. Letakkan kepak ayam dan kerabu di atas pinggan, hias dan hidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
Pal Sweet® Recipes
Pal Sweet® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg