Kepak Ayam Sumbat Kukus

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi



Kepak Ayam Sumbat Kukus

Bahan-bahan:
6 ketul | Kepak ayam |
2 kuntum | Cendawan cina kering, direndam & dihiris nipis |
60 g | Lobak merah, dipotong bentuk batang mancis |
2 tangkai | Daun bawang, dipotong seksyen |
Sedikit | Sawi siew pak choy, dicelur untuk hiasan |
Bahan-bahan A: perencah
¼ sudu teh | Garam |
1 sudu teh | Kicap cair |
1 sudu teh | Minyak bijan |
1 sudu besar | Tepung jagung |
Bahan-bahan B: perencah
¼ sudu teh | Garam |
½ sudu teh | Lada Berperisa AJI-SHIO® |
¼ sudu teh | Gula |
½ sudu teh | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
½ sudu teh | Minyak bijan |
Bahan-bahan C: inti
60 g | Ayam cincang/kisar |
60 g | Udang cincang |
100 g | Pes ikan |
1 biji | Buah berangan, dicincang |
1 sudu teh | Cili merah cincang |

1.
Potong hujung kepak ayam dan buang tulangnya. Perap dengan perencah (A) sekurang-kurangnya selama 10 minit.
2.
Satukan perencah (B) dengan inti (C). Gaul sekata.
3.
Letakkan sedikit inti ke dalam kepak ayam. Sumbat sehiris cendawan, lobak merah dan daun bawang ke dalam inti tersebut. Susun setiap kepak sumbat di atas pinggan kalis panas.
4.
Di dalam periuk kukus yang telah dipanaskan terdahulu, kukus ayam pada suhu tinggi selama 12 – 15 minit atau hingga masak. Angkat dan hidang serta-merta dengan sawi siew pak choy.
Disqus comment