Kerabu Mangga

30 minit

5 Hidangan

Kerabu Mangga adalah hidangan yang popular di Thailand dan Malaysia. Hidangan pembuka selera masam manis yang segar dan menyelerakan ini menggabungkan rasa mangga dan ikan bilis pasti menjadi kegemaran di rumah anda.
Resepi Kerabu Mangga daripada Ajinomoto Malaysia ini amatlah sedap dan mudah disediakan. Hidangan ini diperbuatkan dengan mencampurkan mangga muda, ikan bilis, tomato, dan bawang besar bersama jus limau nipis, gula, dan garam.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
59.2 kcal

Carbohydrate
6.8 g

Protein
2.0 g

Fat
2.7 g

Sodium
254.4 mg

½ cawan | Minyak masak |
1/3 cawan | Ikan bilis |
160 g | Isi mangga muda, diparut |
1 biji | Tomato, dibuang biji dan dihiris baji |
½ biji | Bawang besar, dihiris baji |
2-3 biji | Cili padi, dihiris |
1 sudu besar | Jus limau nipis |
½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® Perencah Umami |
½ sudu kecil | Gula |
¼ sudu kecil | Garam |

- Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing. Tapiskan.
- Campurgaulkan mangga, tomato, bawang besar, cili padi, jus limau nipis, AJI-NO-MOTO®, gula dan garam di dalam mangkuk.
- Taburkan ikan bilis goreng di atas dan sedia dihidang.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 11% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


