Kerepek Popia Pedas

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi


6 Hidangan

Kerepek Popia Pedas ini sering menjadi tumpuan ketika perayaan kerana rasanya yang pedas, manis dan rangup menjadi keistimewaan resepi ini.

Bahan-bahan:
24 keping | Kulit popia, saiz sederhana |
2 sudu besar | Tepung ubi, dicampur dengan 3 sudu besar air |
1 liter | Minyak masak 1 |
1 sudu kecil | Asam jawa, dicampur dengan ¼ cawan air |
1 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
6 sudu besar | Gula |
2 sudu besar | Bijan |
Bahan-bahan A: dikisar halus
2 biji | Bawang merah |
2 ulas | Bawang putih |
18 tangkai | Cili kering, direbus |

1.
Potongkan kulit popia kepada 2 keping segi empat tepat.
2.
Gulungkan kulit popia secara memanjang dan lekatkan dengan campuran tepung ubi.
3.
Potongkan menyerong sepanjang 2 cm.
4.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan minyak, ketepikan.
5.
Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bahan-bahan (A) sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
6.
Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan gula.
7.
Apabila sambal mendidih, masukkan kulit popia goreng dan gaul rata.
8.
Taburkan bijan di atas permukaan dan gaul rata.
9.
Biarkan ianya sejuk dan sedia untuk dihidang.
Disqus comment