Kubis dan Ayam Wrap
20 minit
4-5 Hidangan
Tonton Video Memasak
Keterangan Resipi
Menu yang ringkas dan berkhasiat memang sesuai untuk sarapan pagi dan aktiviti riadah bersama keluarga. Kobis dan Ayam Wrap menjanji kelazatan dan kegemaran kanak-kanak.
Bahan-bahan
2 sudu besar | Minyak masak |
100g | Kubis, dihiris nipis, 1cm lebar |
50g | Timun, potong mancis |
50g | Lobak merah, hiris nipis |
5 keping | Roti tortilla |
Bahan-bahan A (untuk ayam): diperap
200 g | Isi dada ayam, dipotog dadu |
2 ulas | Bawang putih, dicincang |
2 sudu besar | serbuk paprika |
½ biji | Bawang kuning, dihiris |
2 sudu kecil | Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu |
Bahan-bahan B (for dressing): digoncang sebati
50 ml | Minyak zaitun |
50 ml | Jus lemon |
½ sudu kecil | Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu |
Cara Menyediakan
- Perapkan isi ayam dengan bahan (A) dan Rasa Sifu™ selama setengah jam.
- Panaskan minyak masak, tumis ayam yang telah diperap, kacau goreng sehingga masak.
- Masukkan kubis, goreng sehingga kubis masak.
- Matikan api dan ketepikan.
- Panaskan semula roti tortilla di dalam kuali, kemudian letakkan di atas pinggan rata atau papan pemotong.
- Ambil 1 sudu besar kubis goreng dan letak timun dan lobak merah. Renjis sos, kemudian lipat dan balut.
- Sedia untuk dihidangkan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Rasa Sifu® Recipes