Kubis Goreng Bersama Cendawan Shimeiji
20 minit
5 Hidangan

Resipi Kubis Goreng Bersama Cendawan Shimeiji yang sedap dan mudah. Gabungan sayur Kubis dan Cendawan dapat memberikan kepelbagaian menu untuk makan tengahari atau makan malam. Semua pasti menyukainya.

| 3 sudu besar | Minyak masak |
| 2 ulas | Bawang putih, dihiris |
| 250 g | Kubis, dihiris |
| 150 g | Cendawan shimeiji |
| ¼ cawan | Air |
| ½ biji | Tomato, dipotong kasar |
| 3 tangkai | Daun bawang, dipotong 2 inci |
| 2 sudu kecil | Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu |

- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan kubis dan cendawan shimeiji, kacau rata.
- Tuangkan air dan kacau sehingga masak.
- Masukkan tomato dan daun bawang.
- Perasakan dengan Rasa Sifu™ dan gaul rata.
- Sedia untuk dihidangkan.



