Kubis Goreng Kam Heong Bersama Sotong

Kubis Goreng Kam Heong Bersama Sotong
20 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Resipi Kubis Goreng Kam Heong Bersama Sotong yang sedap dan mudah. Resipi yang unik dan lengkap dengan sumber protein. Lebih jimat masa untuk memasak di dapur. Semua pasti menyukainya. 

Ingredients
Bahan-bahan
3 sudu besar Minyak masak
2 ulas Bawang putih, dihiris
2 tangkai Cili kering, dihiris menyerong
½ sudu kecil Udang kering, direndam dan ditos
½ biji Bawang kuning, dihiris
2 tangkai Daun kari
250 g Kubis, dikoyak dengan tangan
150 g Sotong, dipotong cincin
½ sudu kecil Serbuk kari ikan
½ sudu kecil Kicap manis
2 sudu kecil Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, cili kering, udang kering, bawang kuning dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan kubis dan sotong, gaul rata. Ketepikan kubis ke tepi kuali.
  3. Masukkan serbuk kari ikan dan kicap manis, kacau rata dan gaul rata bersama kubis. 
  4. Perasakan dengan Rasa Sifu™.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Rasa Sifu® Recipes
Rasa Sifu® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg