Kubis Goreng Mamak

15 minit

5 Hidangan


Menu sayur-sayuran yang biasa terdapat di restoran Mamak, kini anda boleh memasak resipi ini di rumah.

2 sudu besar | Minyak masak |
2 ulas | Bawang putih, dihiris |
1 biji | Bawang merah, dihiris |
1 sudu kecil | Biji sawi |
50 g | Lobak merah, dipotong mancis |
1 tangkai | Daun kari |
½ biji | Ciji hijau, dihiris |
1 sudu kecil | Serbuk Kunyit |
300 g | Kubis, dihiris |
1½ sudu besar | Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu |

- Panaskan minyak masak, tumis bawang putih, bawang merah dan biji sawi sehingga naik bau.
- Masukkan lobak merah, daun kari, cili hijau dan serbuk kunyit, kacau goreng sehingga lobak merah hampir masak.
- Masukkan kubis, tumis hingga masak.
- Perasakan dengan Rasa Sifu™ dan gaul rata.
- Sedia untuk dihidangkan.


