Kueh Teow Ladna

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi

To watch the cooking video, please click

Resepi Kueh Teow Ladna sangat sedap dimakan ketika panas. Anda boleh sediakan sendiri di rumah kerana resepinya sangat mudah, sihat dan cepat disediakan.

Cadangan Hidangan: 1 orang

Bahan-bahan:
250 g | Kueh Teow |
½ tsp | Kicap pekat |
½ tbsp | Minyak Masak |
Bahan-bahan A: kuah
350 ml | Air |
1 ulas | Bawang putih, diketuk |
1 ½ sudu kecil | TUMIX® Perencah Pati Ayam |
Secukupnya | Garam |
½ sudu kecil | Gula |
50 g | Isi ayam, dipotong kecil |
3 ekor | Udang |
20 g | Lobak merah, dihiris |
2 tangkai | Kailan, dipotong |
2 sudu besar | Tepung ubi dicampur dengan sedikit air |
1 biji | Telur |

1.
Gaul sekata kueh teow dengan kicap pekat, ketepikan
2.
Panaskan minyak masak, kacau-goreng kueh teow sehingga masak. Ketepikan.
3.
Untuk kuah, didihkan air, masukkan bawang putih, TUMIX® Perencah Pati Ayam, garam dan gula.
4.
Masukkan ayam dan udang. Rebus sehingga masak dan keluarkan.
5.
Masukkan lobak merah dan kalian. Rebus sehingga masak dan keluarkan.
6.
Masukkan campuran tepung ubi kedalam air rebusan dan kacau sehingga pekat.
7.
Setelah mendidih, tutupkan api dan masukkan telur. Kacau perlahan.
8.
Susunkan ayam, udang dan sayuran ke atas kueh teow yang telah di kacau goreng.
9.
Tuangkan kuah ke atas kueh teow dan sedia untuk dihidang.
Disqus comment