Kuetiau Th'ng

Kuetiau Th'ng
50 minit
recipe-cook-time
1 mangkuk besar Kuetiau Th'ng
Description
Keterangan Resipi

Kuetiau Th'ng ialah mi sup yang menyelerakan yang terkenal dengan kesederhanaan dan rasa yang kaya. Mi halus di dalam kuah wangi, diselitkan dengan bawang putih, halia dan sedikit udang kering. Dilengkapi dengan hirisan ayam, bebola ikan dan kek ikan, ia adalah kegemaran rakyat Malaysia dan pencinta makanan di seluruh dunia, sesuai untuk sebarang majlis.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
419.0 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
54.1 g
Protein
Protein
30.0 g
Fat
Fat
9.1 g
Sodium
Sodium
915.0 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A: sup

5 ketul Bahagian seluruh kaki ayam
1 biji kecil Sengkuang, dihiris
3 biji Bawang Holland, dihiris
6 ulas Bawang putih, dihiris
2 inci Halia, dihiris
1.2 liter Air
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1½ sudu kecil Lada putih
2 biji Gula batu
1/2 sudu kecil Garam
1/2 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam

 

Bahan-bahan B: sambal kicap

30 g Cili padi
3 ulas Bawang putih
2 sudu kecil Jus limau nipis
2 sudu besar Kicap manis
1 sudu besar Air
1½ sudu besar Bawang merah goreng
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®

 

Bahan-bahan C: bahan iringan

300 g Kuetiau halus, dicelur dan ditapis
150 g Taugeh, dicelur
6 tangkai Siew pak choy, dicelur
10 biji Fish ball, potong separuh
3 kepingan Kek ikan, hiris
2 tangkai Daun bawang, dihiris
2 tangkai Daun ketumbar, dicincang
1 sudu besar Bawang merah goreng
Method
Cara Menyediakan
  1. Isikan periuk sup dengan ayam, sengkuang, bawang holland, bawang putih, halia dan air. Biarkan ia mendidih selama 20 - 30 minit sambil membuang semua buih yang terapung.
  2. Toskan dan tapis sup, buang semua sayuran, dan biarkan ayam sejuk sebelum dicarik dan gunakan sebagai bahan iringan kemudian.
  3. Didihkan semula sup dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, lada putih, gula batu, dan garam. Masukkan kek ikan dan bebola ikan ke dalam sup.
  4. Untuk sambal kicap, kisar semua bahan-bahan (B) dalam pengisar sehingga sebati. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®.
  5. Letakkan sebahagian kuetiau, bahan iringan termasuk ayam yang dicincang dan sup ke dalam mangkuk. Hidangkan bersama sambal kicap.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 16% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg