Kuih Bulan Snow Skin Berintikan Pes Teratai & Kacang

Resepi Kuih Bulan Snow Skin Berintikan Pes Teratai & Kacang yang halal
Description
Keterangan Resipi

Kuih Bulan Snow Skin adalah salah satu kuih tradisional masyarakat Cina yang dihidangkan dalam keadaan sejuk. Kuih Bulan juga merupakan hidangan popular di Malaysia semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Perayaan Kuih Bulan).

Resepi Kuih Bulan Snow Skin daripada Ajinomoto Malaysia ini dipenuhi dengan bahan-bahan yang paling lazat seperti pes teratai dan pes kacang, memberikan rasa yang manis kepada inti dalam Kuih Bulan untuk dinikmati semua orang.

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan: inti

200 g Pes biji teratai
Sedikit Biji melon

Bahan-bahan A: kulit kuih bulan

50 g Gou Fun (campuran tepung untuk kuih bulan)
80 g Air sejuk
1 sudu besar Mentega kacang
2 peket kecil Pemanis Pal Sweet®
Method
Cara Menyediakan
  1. Campur-gaul pes biji teratai dan biji melon sehingga sebati.
  2. Ambil 30 g pes campuran, jadikannya bentuk bebola. Ketepikan.
  3. Campur-gaul semua bahan (A), uli sehingga menjadi doh halus dan rata.
  4. Bahagikan doh kepada bahagian-bahagian 20 g.
  5. Balut inti dengan doh, kemudian masukkan ke dalam acuan kuih bulan. Keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan di dalam peti sejuk.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Pal Sweet® Recipes
Pal Sweet® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg