Kuih Siput Berkeju

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi


Kuih Siput Berkeju yang pasti menjadi pilihan tetamu anda di musim perayaan atau kudapan di waktu petang. Mesti cuba kerana resepinya yang mudah dan ringkas!

Cadangan hidangan: 4-6 orang
Alat: Acuan cangkerang snek

Bahan-bahan:
2 cawan | Tepung gandum |
3 sudu kecil | SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan Serbaguna |
3 sudu besar | Mentega |
1 biji | Telur |
3 sudu besar | Santan |
3 sudu besar | Air |
Secukupnya | Minyak masak |
2 tangkai | Daun kari |
3 sudu kecil | Serbuk Keju |

- Campurkan tepung gandum dan SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan Serbaguna, Kacau sehingga sekata.
- Masukkan mentega dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan telur dan kacau sebati.
- Masukkan santan dan air,uli sehingga menjadi doh.
- Cubit sedikit doh, bentukkan menjadi bola. Tekan pada papan acuan. Gulungkan. Ulang langkah sehingga habis.
- Panaskan minyak masak. Dengan api yang kecil, gorengkan daun kari bersama gulungan doh sehingga keperangan.
- Sejukkan dan taburkan serbuk keju di atas kuih siput. Campurgaulkan sehingga sekata. Sedia untuk dihidang.
Disqus comment